Beriman dengan malaikat:
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mari kita lihat pautan di bawah...
Penjelasan Rukun Iman (2): Iman kepada Malaikat Allah
Thursday 1 December 2011
Sunday 16 October 2011
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah:-
Mengaku bahawa Allah itu wujud,
Yakin dengan sifat-sifatnya,
Dan segala yang diwahyukan kepada rasulnya.
Allah itu Esa
Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Penglihatan dan pendengaran Allah tidak terbatas.
Setiap orang Islam wajib patuh segala perintah Allah
Dan tinggalkan larangannya.
Info: Wahyu:Pengajaran Allah yang disampaikan oleh malaikat jibril kepada nabi dan rasul.
Makhluk di dunia ini tidak wujud dengan sendiri melainkan dengan kekuasaan Allah.
Allah menjadikan makhluk dilangit dan dibumi.Makhluk dibumi antaranya ialah:-
Info: Makhluk:Segala yang dijadikan oleh Allah seperti manusia ,binatang dan lain-lain.
Wednesday 5 October 2011
Wasiat Nabi s.a.w kepada Saidina Ali r.a. ;
“Berlaku jujurlah meskipun kejujuran itu membahayakan kamu di dunia kerana sesungguhnya kejujuran itu akan bermanfaat bagimu di akhirat. Dan janganlah engkau berdusta, meskipun dustamu bermanfaat bagimu di dunia, kerana dustamu itu akan membahayakan kamu di akhirat.”
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
- AKIDAH
Ingat dan Yakin
Orang Islam wajib percaya kepada enam rukun Iman.
Mereka yang tidak percaya kepada rukun Iman, akan menjadi murtad.
Percaya kepada Rukun Iman bermaksud:
- mestilah membaca dengan lidah,
- membenarkan dengan hati
- dan melakukan dengan anggota.
Tonggak Rukun Iman
RUKUN IMAN
· Beriman Kepada Allah
· Beriman Kepada Malaikat
· Beriman kepada Hari Kiamat
· Beriman Kepada Kitab
· Beriman Kepada Rasul
· Beriman Kepada Qada’ dan Qadar
Apakah kesan meyakini rukun iman? Kita akan.....
1. Disayangi Allah
2. Mendapat pahala
3. Jiwa jadi tenang
4. Iman semakin kukuh
Bagaimana jika kita tidak meyakini rukun iman? Kita akan....
1. Dibenci Allah
2. Sesat dalam hidup
3. Lemah Iman
4. Murtad
INFO: Murtad = keluar dari agama
Sekapur Sirih
Segala puji bagi Allah s.a.w yang menguasai alam ini,
selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, saya dapat mencuba membina blog ini yang pastinya saya dapat berkongsi ilmu dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
Sama-samalah kita berkongsi maklumat demi memartabatkan dan memperkasakan Pendidikan Islam di kalangan murid-murid sekolah.
Seterusnya dapat menarik minat murid untuk lebih menumpukan perhatian serta minat kepada subjek Pendidikan Islam.
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)